CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 30, 2013

DIA HERO KESAYANGAN SAYA DUNIA AKHIRAT

Hai dearest blogwalking . gila lama aku tak update blog . haram jadah busy konon-kononnya . hopefully semua baik-baik sahaja . penyakit "M***S" makin kuat menguasai jari untuk tidak menaip . anyonyo . okay cukup untuk mukadimah .
 
 now is march . so far dah dekat sebulan tak balik rumah . busy final project . berkorban untuk mencari sesuap ilmu sebagai bekalan hidup di dunia dan akhirat . dah part 3 aku rupanya . lagi setahun setengah nak graduate ! eeee , tak sabar ! tak sabar ! semoga Allah merahmati perjalanan hambaNya ini :)
 
terdetik dekat lubuk hati ni nak update pasal hero kesayangan aku dunia akhirat ni . beliau ialah ENCIK ABU HASSAN BIN JAAFAR . seorang lelaki penyayang , tegas , bertanggungjawab , penasihat yang baik , and banyak lagi yg baik-baik pasal beliau . dan paling penting beliau setia pada heroin saya PUAN MAZILAH BINTI SIBON . "bak kata mak , kau malas-malas , dapat suami macam abah takpe " yeee , abah seorang yg ringan tulang . anak dia je pemalas nauzubillah --" harap tuan pemilik tulang rusuk aku nanti pon macam abah . okay gatal nak kawin . zasssssss !

teringat lg masa tahun 1997 , so far time tu aku baru 4 tahun . hingus pon meleleh . ikat rambut pokok kelapa sejemput atas kepala . abah pegi bosnia . okay encik abu hassan is a soldier :) i'm proud of him . time tu , aku anak bongsu lagi . adik dalam perut mak lagi time tu . mak preggy time abah pegi bosnia . sedih je mak time hantar abah dekat airport . aku yang tak berapa nak tahu waktu tu , hanya suka bergelak ketawa dapat candy tongkat belang-belang putih merah yang abah belanja sebelum naik flight . selalu tengok candy tu dalam tv je . *sakainya aku . hahaha ! 
 
time abah kat sana , hari-hari aku teman mak aku tulis diari . mak nangis . aku elok je menganjing mak aku . "ehh , mak nangis ehh ?" yela , bongek-bongek lagi time tu . lepas tu , teman nenek pegi jemur batang lidi . "nenek , mesti nanti misai abah macam kucing kan?" *nenek mampu gelak je . teringat lagi bila tiap-tiap pagi , arwah atuk bawak aku hantar along pegi sekolah . time tu along 6 tahun . sekolah tadika . lepas hantar along , atok bawak pegi ngeteh kat kedai . paling syok , arwah atuk tuang air dalam piring . lepas tu aku hirup . tu pon aku rasa seronok . *sekali lagi aku jadi sakai --" (al-fatihah utk arwah . rindu atuk )

bila waktu malam , berebut dengan along nak tido dengan mak . seronok jadi anak bongsu . merasa la jugak walau sekejap . hihi ! suddently , terbangun pagi-pagi buta , tengok mak kat sebelah takde . nangis jela . rumah nenek xde orang ! gila kau x takut duduk berdua dengan along dalam rumah besar tu . macam dalam cite hantu . tunggu pagi , rupanya aku dapat adik lelaki . berakhir riwayat aku sebagai anak bongsu .*kesat air mata . gila happy ayah aku . "anak bosnia gelaran adik aku nie dapat" mencikk !*jeles . tapi xpe , yang best nye , balik dari bosnia , abah bawak berkotak-kotak coklat . pastu dapat colour magic pen . seronok tak terhingga . *budak-budak kan . tipu la if kata x suka kan . tu yang aku bulat je nie --" *cubit-cubit lemak

lepas abah balik , aku kena demam sejuk . ehh , ade ke ? yang penting aku tak tahan sejuk . konon nak jugak cuaca oversea . pelik gila time aku demam . dah selimut 3 lapis still sejuk . lepas minum air cap badak , lagi menjadi-jadi . aku nampak benda bintik-bintik banyak sangat kat kaki aku macam semut hitam tu . takut habaq hang . nak hilangkan , abah kena padam dengan tangan . pelik bukan ?

satu lagi tabiat aku masa kecik , suka tengok tv sampai terlelap terbongkang depan tv . abah la yg rajin mengangkut aku bawak masuk bilik . ade 1 hari tu , aku buat-buat tido . nanti abah angkat masuk bilik . malas nak jalan . bijak otak zaman dolu-dolu aku nie . sampai 1 hari tu , abah macam tau je trick aku , terus abah x angkat dah . biar je depan tv . dah besar . still malas . haha .

lepas abah balik dari bosnia tu , abah naik pangkat . kitorang pindah kuarters lagi besar . seronok kau . masuk-masuk je rumah baru , lipas da sambut kitorang . yang x tahan tu , boleh lipas tu kejar kitorang . siap ikut selok-belok larian aku dengan along . kitorang pusing , lipas pon pusing . dah macam cite OGGY AND THE COCKROACHES . haha ! rindunya time tu . abah jugak jadi penyelamat . tengok kitorang termengah-mengah lari . hilang sekilo lemak tepu --"

bila dah besar , mulalah alam persekolahan . tadika abah hantar . darjah 1 , abah jugak yang menjenguk aku kat sekolah . hari pertama , standard la , ade yg nangis , ade yang berak dalam seluar , tapi gua tidak nangis . aku nie strong budak nya . cikgu suruh buat huruf A , aku pon pandang abah kat luar kelas . ikut tangan abah . alahai aku , macam x sekolah tadika . *sakai lagi . haha . balik sekolah cabut tudung . panas katanya . ayat abah " siapa x pakai tudung , nanti kt akhirat rambut dia kena bakar" sejak dari tu , aku x berani cabut tudung , alhamdulillah sampai sekarang . cuma banyak lagi yg perlu diperbaiki .

bila dah masuk sekolah menengah , dah independent orang kata . aku sekolah duduk hostel since form 2 . jauh dari family . hari pertama kental lagi la tak nangis . cukup seminggu , melalak jugak mata nie . cukup 2 tahun setengah , aku nak pindah sekolah . tak masuk dalam jiwa org kata . nangis-nangis nak pindah . sampai abah call sekolah suruh bagi kaunseling . sampai hati abah . muahahaha ! tapi nangis-nangis , dapat jugak aku pindah . abah jugak yang uruskan ke hulu ke hilir . apa punya anak la aku nie --'' ZzZzZzZz * 1 ayat abah yg aku x boleh lupa sampai sekarang and aku akan ingat sampai bila-bila "abah ingat , ada lah seorang dari anak abah jadi ustaz/ustazah" k , abah perli . insya-Allah abah , one fine day , i will make your dream come true abah .
 
nak cerita , banyak lagi . termasuk-masuk kenangan time muda-mudi dulu . terlalu banyak jasa dan pengorbanan seorang bapa . tak termampu diri ni nak membalasnya . yang aku mampu , mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa aku dalam setiap doaku . insya-Allah , anak ni akan berjasa pada suatu hari nanti . Ya Allah , berikan lah aku kesempatan utk berbakti kepada kedua ibu bapa ku . aminn....


ABU HASSAN BIN JAAFAR 

yang penting , pipi aku sama dengan pipi abah . hahahaha !
 



 




 
 


1 comment:

  1. singgah n follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com

    semoga sentiasa bahagia di samping keluarga..

    ReplyDelete